Isi-isi :
- Peranan guru-guru di sekolah.
- Peranan ibu bapa.
- Pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen kesedaran.
- Peranan kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat.
Encik Abdullah : Assalamualaikum. Apa khabar kamu bertiga hari ini?
Encik Azhar dan Encik Saiful : Waalaikumussalam, kami berdua sihat dan berada dalam keadaan baik belaka.
Encik Abdullah : Tujuan kita mengadakan mesyuarat tertutup pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang masalah gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat di kalangan pelajar. Masalah ini sememangnya merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini.
Encik Azhar : Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Encik Abdullah itu. Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ini berleluasa ialah krisis keluarga yang berlaku dan menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalanagn ibu bapa sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya,terdapat anak-anak yang melarikan diri disebabkan masalah yang berlaku di dalam keluarga dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial.
Encik Abdullah : Apakah pendapat kamu bagi masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja ini Encik Saiful?
Encik Saiful : Pada pendapat saya, faktor lain yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa adalah disebabkan pengaruh media masa yang semakin canggih. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang lain sehingga minda mereka diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di samping itu,tuntutan modenesasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan. Keadaan ini menyebabkan mereka menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka. Untuk mengurangkan masalah sosial ini,kita perlulah berusaha memikirkan langkah-langkah yang efektif agar ia dapat membantu mengurangkan masalah ini.
Encik Azhar : Sudah semestinya, Encik Saiful. Langkah utama yang perlu dilakukan ialah para guru amat berperanan dalam mengawal pelajar mereka daripada melakukan masalah disiplin. Sikap lepas tangan sestengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para guru juga harus peka dan sentisa terbuka bagi mendengar masalah pelajar serta menasihati mereka dengan cara baik. Oleh itu, hubungan guru dengan ibu bapa perlu ditingkatkan supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar anak-anak mereka. Kesimpulannya, kita perlulah mengeratkan hubungan dengan para pelajar dengan cara saling bertanyakan khabar agar mereka tidak berasa dipinggirkan.
Encik Abdullah : Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menangani masalh ini. Dalam konteks ini, kebanyakan institusi keluarga yang musnah disebabkan kerapuhan pegangan agama dalam ahli keluarganya. Sebagai contoh, keluarga yang gersang dari segi amaln agama biasanya akan berhadapan denagn masalah. Oleh itu, amalkan cara hidup yang ditetapkan oleh ajaran agama, maslaah sosial seperti anak derhaka, lari dari rumah dan buli tidak akan timbul kerana semua ahli keluarga mempunyai jati diri yang teguh. Mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W meliputi cara hidup muslim dan muslimah yang amat bernilai untuk kita ikuti. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka seja dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Encik Saiful : Ibu bapa sememangnya memainkan peranan pengting dalam membentuk diri anak-anak. Di samping itu, bagi pihak kerajaan pula,mereka sehaarusnya menganjurkan dan melaksanak program kesedaran berkaitan masalah sosial di kalangan remaja. Aktiviti ini boleh dilakukan pada musim hujung minggu. Tamsilnya,pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada remaja seperti pameran. Seterusnya, kesan daripada aktiviti yang dijalankan ialah negara akan dapat membangun dengan pesat yang diolah oleh pemimpin pelapis yang ada. Jelaslah jika program kesedaran dan pendidikan maslah sosial dilaksanakn secara berkala, saya pasti masalah sosial yang berat mahupun yang ringan dapat dikurangkan.
Encik Azhar : Selain itu, kerajaan juga mestilah menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat. Hal ini demikian kerana, kerajaan merupakan badan yang mempunyai kuasa membuat, menggubal dan melaksanakan undang-undang. Contohnya cadangan ketetapan mewajibkan remaja di bawah umur 18 tahun perlu berada bersama keluarga sebelum jam 7 petang di rumah masing-masing. Hal ini demikian kerana kebanyakkan remaja akan berkumpul tanpa membuat aktiviti berfaedah. Undang-undang yang lebih ketat di luar mahupun di dalam sekolah akan melahirkan rasa gerun kepada pelajar untuk melakukan masalah disiplin. Kesimpulannya, jelaslah bahawa jika kerajaan atau pihak sekolah dapat menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat dan efisen, saya yakin gejala sosial dapat dikurangkan, bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Encik Saiful : Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh. Semua pihak memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak-anak. Ibu bapa dalah peranan utama dalam menangani masalah ini. Pada pandangan saya, pihak sekolah haruslah lebih menekankan aspek kerana pelajar lebih gemar melakukan pelbagai gejala sosial di sekolah. Saya juga berharap agar dengan isu-isu yang telah dibincagkan tadi dapat diambil iktibar dan semua pihak haruslah bertindak dengan segera agar masalah ini dapat ditangani. Oleh itu, saya menegaskan bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati dan dengan ini, kita sebgai warganegara Malaysia sewajarnya berusaha menangani masalah ini.
Encik Abdullah : Jam telah menunjukkan pukul tiga. Memadailah setakat ini perbincangan kita tentang masalah gejala sosial ini.
Encik Azhar : Baiklah, izinkan say untuk beredar dulu. Jika ada masa lapang, bolehlah kita mengadakan perbincangan tentang isu-isu lain pula.
Encik Saiful : Saya setuju.
#SeNi00
#SPM2017