Isi-isi :
- Menyediakan perpustakaan mini
- Mengadakan pesta buku
- Menganjurkan kempen membaca
- Didikan awal daripada ibu bapa
Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, "baca" bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Dewasa ini, kita sedar bahawa amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita terutama dalam kalangan generasi muda semakin terhakis dan belum mencapai tahap yang memuaskan. Anak-anak muda pada era ini, berpendapat bahawa amalan membaca karya-karya ilmiah dianggap membosankan dan berat kerana ia memerlukan minda untuk berfikir. Kerajaan sedar akan masalah ini dan untuk mengatasinya, masyarakat di negara kita haruslah bersama-sama berganding bahu untuk menyemarakkan slogan "membaca jambatan ilmu". pada pendapat saya, setiap pihak seharusnya melaksanakan obligasi masing-masing agar tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dihidupkan semula dan melahirkan insan yang mempunyai daya fikiran yang tinggi serta berpengetahuan luas.
Antara cara-cara
yang efektif yang dapat memupuk minat membaca dalm kalangan masyarakat ialah
pihak kerajaan boleh menyediakan perkhidmatan perpustakaan mini di
kawasan-kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan
perpustakaan tersebut, masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar lebih
mudah meminjam buku untuk dibaca pada waktu senggang. Pihak kerajaan perlulah
memastikan agar bahan bacaan menarik dan mengikut citarasa pembaca pada masa
kini disediakan. Misalnya, perpustakaan awam yang dibuka di setiap daerah telah
memudahkan masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bahan rujukan
dab bahan ilmiah bagi menambah ilmu pengetahuan mereka terutama para pelajar.
Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah berganding bahu dalam memupuk minat
membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia agar negara kiat menjadi negara
yang membangu di persada dunia.
Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan pesta buku peringkat kebangsaan. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dijadikan sebagai usaha untuk memupuk dan menggalakkan masyarakat di negara kita untuk mengamalkan amalan membaca. Langkah-langkah ini dapat membantu masyarakat untuk memupuk miant membaca apabila mereka datang menghadiri pesta-pesta buku yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Sebagai contoh, pada 29 Mac 2019 yang lalu, pihak kerajaan telah menganjurkan pesta buku antarabangsa di Kuala Lumpur dan kelihatan sambuatn masyarakat di negara kita terhadap pesta buku itu amatlah memberangsangkan. Pada hemat saya, aktiviti-aktiviti seperti perlu diadakan meluas lagi dan diadakan setiap tahun bagi memupuk dan mennambah minat membaca dalam masyarakat di negara kita serta dapat dijadikan contoh oleh negara lain.
Seterusnya, pihak kerajaan perlulah menganjurkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat sekurang-kurangnya setahun sekali. hal ini demikian kerana kempen membaca yang diadakan oleh pihak kerajaan akan dapat meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mengadakan pesta jualan buku di suatu tempat, menggalakkan pihak sekolah membuat kempen membaca dan membuat lawatan ke pesta buku, membuat promosi jualan buku bagi menarik perhatian pembaca dari seluruh negara. Oleh yang demikian, dengan mengadakan program membaca seperti ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang suka membaca buku ibarat ulat buku. Pada hemat saya, jika kempen membaca terus diadakan pada setiap tahun, maka hasilnya dapat melahirkan matyarakat yang berpengetahuan luas kelak.
Di samping itu, cara seterusnya adalah dengan ibu bapa sepatutnya perlulah mendidik anak-anaknya agar mengamalkan amalan membaca sejak dari kecil. Ibu bapa merupakan pelita hidup kepada anak-anaknya malah ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya dengan menunjukkan sikap membaca. Anak-anak secara langsung akan mengikut sikap yang ditunjukkan ibu bapanya iaitu sikap atau tabiat suka membaca dan pepatah mengatakan, bagaimana acuan begitulah kuihnnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa bersama ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak dengan membawa mereka ke pesta-pesta buku yang dianjurkan dan sentiasa mengingatkan mereka akan kepentingan membaca. Pada hemat saya, mendidik anak-anak sejak dari kcil sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa yang utama dan ibu bapa haruslah memainkan peranan penting agar generai muda ini dapat berdiri dengan betul untuk memimpin negara.
Intihannya, sudah
terang lagi bersuluh. Semua pihak seharusnay bersama-sama memainkan peranan
penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Cara-cara yang
disebutkan perlu dilaksanakan dengan konsisten dan teratur supaya setiap
individu berminat untuk membaca. Saya juga berharap agar semua pihak
bertanggungjawab dan bekerjasama dalam memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat. Oleh itu, saya menyeru semua lapisan masyarakat supaya sentiasa
mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan kerana membaca jambatan ilmu.
#SeNi00
#SPM2017
No comments:
Post a Comment