Isi-isi ;
1) masalah kesihatan
2) sektor perlancongan terjejas
3) kemusnahan alam sekitar
4) mengganggu aktiviti harian masyarakat
Pencemaran udara ialah pencemaran yang berlaku disebabkan asap yang berawangan di udara yang
memberi pelbagai kesan negatif kepada manusia disebabkan perilaku yang tidak
bertanggungjawab oleh mereka sendiri. Kebelakangan ini,negara kita sering dilanda masalah jerebu yang sangat teruk sehingga mencapai tahap indeks (IPU) 276 yang berpunca daripada
aktiviti pembakaran terbuka yang tidak terkawal di Indonesia. Oleh itu, tahap kesihatan masyarakat kita semakin merosot kerana bilangan pesakit yang menghidap penyakit
asma meningkat. Segelitir masyarakat langsung tidak mengendahkan amaran dan
teguran yang telah diberikan untuk menghentikan pencemaran tersebut bak kata
pepatah seperti mencurah air kedaun keladi. Mereka lebih gemar menjadi hamba akan gajet-gajet moden dan bersikap individualistik. Kerajaan sedar akan masalah ini dan untuk mengatasinya, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen untk memberi kesedaran kepada penduduk negara kita untuk menjaga kualiti alam sekitar. Pada pendapat saya, masyarakat
dan pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan
kesan-kesan negatif dalam pelbagai aspek terhadap diri,masyarakat dan negara
pada masa hadapan. Persoalannya, apakah kesan-kesan pencemaran udara?
Antara kesan-kesan pencemaran udara ialah boleh menyebabkan masalah kesihatan serta mendatangkan pelbagai
jenis penyakit kepada manusia seperti asma, emfisema,sesak nafas dan
sebagainya. Asap kenderaan yang dilepaskan ke udara mempunyai kandungan karbon
dioksida yang tinggi menyebab kan masalah kesihatan terjejas. Manusia terpaksa
menghidu udara yang mengandungi bahan toksid dan menyebabkan bahan tersebut
memasuki ke dalam peparu dan mejejaskan. Menurut kajian pihak berkuasa, isu
masalah kesihatan manusia meningkat secara mendadak disebabkan oleh banyak
dilepaskan. Pada hemat saya,pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang
sewajarnya agar dapat mewujudkan masyarakat yang sihat.
Selain itu, sektor pelancongan akan terjejas kerana
penerbanagan perlu dihentikan untuk seketika. Oleh itu, ramai pelancong akan
terkandas di negara masing-masing akibat kualiti udara yang tidak baik sehingga
mengganggu penglihatan juruterbang di udara. Kualiti udara terjejas akibat
daripada sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab membebaskan gas-gas
berbahaya ke permukaaan udara. Sebagai contoh, pada hari Khamis,25 Oktober
2015, operasi Lapangan Antarabangsa (LTA) Langkawi terpaksa ditutup selama dua
setengah jam mulai 7.30 pagi akibat daripada masalah jerebu yang menyebabkan
tiga ribu penumpang terkandas. Pada pandangan saya,pencemaran udara ini akan
menjejaskan sektor perlancongan yang akan mengganggu kemajuan negara.
Di samping itu,kemusnahan alam sekitar juga antara yang
mendorong pencemaran udara berlaku. Kemusnahan alam sekitar ini terjadi akibat
kecuaian masyarakat yang tidak menghirakan tentang kualiti udara di sekililing
mereka. Pencemaran udara berlaku disebabkan oleh pembeasan gas sulfur dioksida
dan karbon monoksida yang tinggi dari asap kilang dan kenderaan. Hal ini akan
menyebabkan kepupusan flora dan fauna. Sebagai contoh,pada awal bulan Mei
2015,telah berlakunya jerebu yang amat teruk berpunca daripada pembakaran hutan
secara terbuka di Indonesia yang telah menyebabkan beberapa buah sekolah
terpaksa ditutup buat sementara waktu. Konklusinya, kita haruslah berganding
bahu mengekalkan kualiti udara yang bersih.
Seterusnaya,pencemaran udara juga akan memberikan impak
yang negatif kepada masyarakat semasa melakukan aktiviti seharian. Hal ini
demikian kerana, apabila terjaadinya udara,segala aktiviti masyarakat akan
terbatas kerana ianya akan menjejaskan kesihatan mereka. Udara telah bercampur
dengan partikel-partikel udara yang boleh menjejaskan kesihatan seperti karbon
dioksida,karbon monoksida,bromin dan gas argon yang akan memudaratkan system pernafasan
manusia. Sebagai contoh,pada bulan Novembr 2015,pihak kerjaan telah mengambil
keputusan untuk menangguhkan Sijil Tinggi Agama (STAM) untuk beberapa hari yang
berikutan sementara menunggu kualiti udara menjadi stabil. Pada hemat saya,
pencemaran udara sememangnya mendatangkan impak yang sangat besar dan tindakan yang
lebih tegas seharusnya diambil bagi membantu mengurangkan pencemaran udara di
negara kita.
Sudah terang lagi bersuluh. Secara implikasinya, sekiranya masalah pencemaran ini tidak dibendung dan diambil tindakan oleh semua pihak,ianya akan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan kita yang akan turut menjejaskan ekonomi negara. Oleh itu,masyarakat perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni dalam diri mereka agar masalah pencemaran udara di negara kita dapat dibendung. Secara holistiknya, setiap lapisan masyarakat hendaklah lebih cakna akan keadaan sekeliling kita dan tidak bersikap berpeluk tubuh sahaja agar dapat menjamin kebersihan dan keindahan alam sekitar yang telah diberikan oleh tuhan kita. Kita sebagai insan yang kerdil di muka bumi ini seharusnya mensyukuri nikmat alam yang dikurniakan dengan tidak bertindak zalim dan sewenang-wenangnya merosakkan keindahan alam ini.
#SeNi00