Tuesday, September 22, 2020

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH SOSIAL

 Isi-isi : 

  1. Peranan guru-guru di sekolah.
  2. Peranan ibu bapa.
  3. Pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen kesedaran.
  4. Peranan kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat.

Encik Abdullah : Assalamualaikum. Apa khabar kamu bertiga hari ini?

Encik Azhar dan Encik Saiful : Waalaikumussalam, kami berdua sihat dan berada dalam keadaan baik belaka.

Encik Abdullah : Tujuan kita mengadakan mesyuarat tertutup pada petang ini adalah untuk membincangkan tentang masalah gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat di kalangan pelajar. Masalah ini sememangnya merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini.

Encik Azhar : Saya amat setuju dengan apa yang dikatakan oleh Encik Abdullah itu. Salah satu punca yang menyebabkan gejala sosial ini berleluasa ialah krisis keluarga yang berlaku dan menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka dengan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam kalanagn ibu bapa sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka. Akibatnya,terdapat anak-anak yang melarikan diri disebabkan masalah yang berlaku di dalam keluarga dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial.

Encik Abdullah : Apakah pendapat kamu bagi masalah gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja ini Encik Saiful?

Encik Saiful : Pada pendapat saya, faktor lain yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa adalah disebabkan pengaruh media masa yang semakin canggih. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui internet dan banyak saluran yang lain sehingga minda mereka diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di samping itu,tuntutan modenesasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan. Keadaan ini menyebabkan mereka menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka. Untuk mengurangkan masalah sosial ini,kita perlulah berusaha memikirkan langkah-langkah yang efektif agar ia dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Encik Azhar : Sudah semestinya, Encik Saiful. Langkah utama yang perlu dilakukan ialah para guru amat berperanan dalam mengawal pelajar mereka daripada melakukan masalah disiplin. Sikap lepas tangan sestengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para guru juga harus peka dan sentisa terbuka bagi mendengar masalah pelajar serta menasihati mereka dengan cara baik. Oleh itu, hubungan guru dengan ibu bapa perlu ditingkatkan supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar anak-anak mereka. Kesimpulannya, kita perlulah mengeratkan hubungan dengan para pelajar dengan cara saling bertanyakan khabar agar mereka tidak berasa dipinggirkan.

Encik Abdullah : Di samping itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menangani masalh ini. Dalam konteks ini, kebanyakan institusi keluarga yang musnah disebabkan kerapuhan pegangan agama dalam ahli keluarganya. Sebagai contoh, keluarga yang gersang dari segi amaln agama biasanya akan berhadapan denagn masalah. Oleh itu, amalkan cara hidup yang ditetapkan oleh ajaran agama, maslaah sosial seperti anak derhaka, lari dari rumah dan buli tidak akan timbul kerana semua ahli keluarga mempunyai jati diri yang teguh. Mencontohi akhlak Nabi Muhammad S.A.W meliputi cara hidup muslim dan muslimah yang amat bernilai untuk kita ikuti. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka seja dari kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Encik Saiful : Ibu bapa sememangnya memainkan peranan pengting dalam membentuk diri anak-anak. Di samping itu, bagi pihak kerajaan pula,mereka sehaarusnya menganjurkan dan melaksanak program kesedaran berkaitan masalah sosial di kalangan remaja. Aktiviti ini boleh dilakukan pada musim hujung minggu. Tamsilnya,pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada remaja seperti pameran. Seterusnya, kesan daripada aktiviti yang dijalankan ialah negara akan dapat membangun dengan pesat yang diolah oleh pemimpin pelapis yang ada. Jelaslah jika program kesedaran dan pendidikan maslah sosial dilaksanakn secara berkala, saya pasti masalah sosial yang berat mahupun yang ringan dapat dikurangkan.

Encik Azhar : Selain itu, kerajaan juga mestilah menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat. Hal ini demikian kerana, kerajaan merupakan badan yang mempunyai kuasa membuat, menggubal dan melaksanakan undang-undang. Contohnya cadangan ketetapan mewajibkan remaja di bawah umur 18 tahun perlu berada bersama keluarga sebelum jam 7 petang di rumah masing-masing. Hal ini demikian kerana kebanyakkan remaja akan berkumpul tanpa membuat aktiviti berfaedah. Undang-undang yang lebih ketat di luar mahupun di dalam sekolah akan melahirkan rasa gerun kepada pelajar untuk melakukan masalah disiplin. Kesimpulannya, jelaslah bahawa jika kerajaan atau pihak sekolah dapat menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat dan efisen, saya yakin gejala sosial dapat dikurangkan, bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Encik Saiful : Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh. Semua pihak memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri anak-anak. Ibu bapa dalah peranan utama dalam menangani masalah ini. Pada pandangan saya, pihak sekolah haruslah lebih menekankan aspek kerana pelajar lebih gemar melakukan pelbagai gejala sosial di sekolah. Saya juga berharap agar dengan isu-isu yang telah dibincagkan tadi dapat diambil iktibar dan semua pihak haruslah bertindak dengan segera agar masalah ini dapat ditangani. Oleh itu, saya menegaskan bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati dan dengan ini, kita sebgai warganegara Malaysia sewajarnya berusaha menangani masalah ini.

Encik Abdullah : Jam telah menunjukkan pukul tiga. Memadailah setakat ini perbincangan kita tentang masalah gejala sosial ini.

Encik Azhar  : Baiklah, izinkan say untuk beredar dulu. Jika ada masa lapang, bolehlah kita mengadakan perbincangan tentang isu-isu lain pula.

Encik Saiful : Saya setuju.

#SeNi00 

#SPM2017

CARA-CARA MEMUPUK MINAT MEMBACA

Isi-isi :

  1. Menyediakan perpustakaan mini
  2. Mengadakan pesta buku
  3. Menganjurkan kempen membaca
  4. Didikan awal daripada ibu bapa

  Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, "baca" bermaksud melihat isi sesuatu yang tertulis atau tercetak dengan meneliti dan memahami makna dan tujuan isi tersebut. Dewasa ini, kita sedar bahawa amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara kita terutama dalam kalangan generasi muda semakin terhakis dan belum mencapai tahap yang memuaskan. Anak-anak muda pada era ini, berpendapat bahawa amalan membaca karya-karya ilmiah dianggap membosankan dan berat kerana ia memerlukan minda untuk berfikir. Kerajaan sedar akan masalah ini dan untuk mengatasinya, masyarakat di negara kita haruslah bersama-sama berganding bahu untuk menyemarakkan slogan "membaca jambatan ilmu". pada pendapat saya, setiap pihak seharusnya melaksanakan obligasi masing-masing agar tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dihidupkan semula dan melahirkan insan yang mempunyai daya fikiran yang tinggi serta berpengetahuan luas.

  Antara cara-cara yang efektif yang dapat memupuk minat membaca dalm kalangan masyarakat ialah pihak kerajaan boleh menyediakan perkhidmatan perpustakaan mini di kawasan-kawasan luar bandar. Hal ini demikian kerana dengan adanya kemudahan perpustakaan tersebut, masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar lebih mudah meminjam buku untuk dibaca pada waktu senggang. Pihak kerajaan perlulah memastikan agar bahan bacaan menarik dan mengikut citarasa pembaca pada masa kini disediakan. Misalnya, perpustakaan awam yang dibuka di setiap daerah telah memudahkan masyarakat yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bahan rujukan dab bahan ilmiah bagi menambah ilmu pengetahuan mereka terutama para pelajar. Kesimpulannya, pihak kerajaan haruslah berganding bahu dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia agar negara kiat menjadi negara yang membangu di persada dunia.

  Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan pesta buku peringkat kebangsaan. Aktiviti-aktiviti seperti ini dapat dijadikan sebagai usaha untuk memupuk dan menggalakkan masyarakat di negara kita untuk mengamalkan amalan membaca. Langkah-langkah ini dapat membantu masyarakat untuk memupuk miant membaca apabila mereka datang menghadiri pesta-pesta buku yang dianjurkan oleh badan kerajaan mahupun badan bukan kerajaan. Sebagai contoh, pada 29 Mac 2019 yang lalu, pihak kerajaan telah menganjurkan pesta buku antarabangsa di Kuala Lumpur dan kelihatan sambuatn masyarakat di negara kita terhadap pesta buku itu amatlah memberangsangkan. Pada hemat saya, aktiviti-aktiviti seperti perlu diadakan meluas lagi dan diadakan setiap tahun bagi memupuk dan mennambah minat membaca dalam masyarakat di negara kita serta dapat dijadikan contoh oleh negara lain. 

  Seterusnya, pihak kerajaan perlulah menganjurkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat sekurang-kurangnya setahun sekali. hal ini demikian kerana kempen membaca yang diadakan oleh pihak kerajaan akan dapat meningkatkan lagi minat membaca dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh, pihak kerajaan boleh mengadakan pesta jualan buku di suatu tempat, menggalakkan pihak sekolah membuat kempen membaca  dan membuat lawatan ke pesta buku, membuat promosi jualan buku bagi menarik perhatian pembaca dari seluruh negara. Oleh yang demikian, dengan mengadakan program membaca seperti ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang suka membaca buku ibarat ulat buku. Pada hemat saya, jika kempen membaca terus diadakan pada setiap tahun, maka hasilnya dapat melahirkan matyarakat yang berpengetahuan luas kelak. 

  Di samping itu, cara seterusnya adalah dengan ibu bapa sepatutnya perlulah mendidik anak-anaknya agar mengamalkan amalan membaca sejak dari kecil. Ibu bapa merupakan pelita hidup kepada anak-anaknya malah ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya dengan menunjukkan sikap membaca. Anak-anak secara langsung akan mengikut sikap yang ditunjukkan ibu bapanya iaitu sikap atau tabiat suka membaca dan pepatah mengatakan, bagaimana acuan begitulah kuihnnya. Sebagai contoh, ibu bapa perlulah meluangkan masa bersama ahli keluarga yang lain terutamanya anak-anak dengan membawa mereka ke pesta-pesta buku yang dianjurkan dan sentiasa mengingatkan mereka akan kepentingan membaca. Pada hemat saya, mendidik anak-anak sejak dari kcil sememangnya menjadi tanggungjawab ibu bapa yang utama dan ibu bapa haruslah memainkan peranan penting agar generai muda ini dapat berdiri dengan betul untuk memimpin negara.

  Intihannya, sudah terang lagi bersuluh. Semua pihak seharusnay bersama-sama memainkan peranan penting dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Cara-cara yang disebutkan perlu dilaksanakan dengan konsisten dan teratur supaya setiap individu berminat untuk membaca. Saya juga berharap agar semua pihak bertanggungjawab dan bekerjasama dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, saya menyeru semua lapisan masyarakat supaya sentiasa mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan kerana membaca jambatan ilmu.

 

#SeNi00

#SPM2017